Tuesday, 4 May 2010

tawaqquf lagi...

Salam... Mohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang berhasrat untuk menempah kek kami, kami sekarang dalam tempoh Hiatus aka Tawaqquf memandangkan musim exam menjelma lagi. InsyaAllah apabila tamat exam nanti kami akan menyambung semula aktiviti kami. InsyaAllah... WallahuA'lam bissowab... Salam...

Wednesday, 17 March 2010

Tukar angin


Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.a.w. pihak KCB telah menerima respon positif daripada pelanggan-pelanggan.

Disamping itu, sorang daripada BP KCB yang sedang ke'boring'an beberapa ketika yang lalu telah terjumpa sekeping gambar yang agak menarik pada pandangannya iaitu gambar seorang anak nelayan yang berambut oren akibat terlalu lama bermain di tepi pantai, lebih mengujakan BP yang sedang ke'boring'an itu adalah apabila melihat reaksi muka anak nelayan tersebut seperti sedang dalam keadaan terkejut terlampau. Lalu dia dengan penuh takjubnya telah menyimpan gambar tersebut di dalam kotak simpanan dengan harapan mungkin gambar tersebut akan berguna di masa hadapan. Pada satu petang yang agak mendamaikan, sang BP telah menyemak semula simpanan gambar-gambarnya yang semak dan telah bertemu semula dengan gambar anak nelayan tersebut. Maka dengan penuh kreativiti dan kepayahan dan juga berkat kesungguhan yang tinggi, akhirnya sang BP berjaya juga memanfaatkan gambar terkejut terlampau anak nelayan tersebut dengan mengolahnya menjadi sebuah banner yang agak tidak memboringkan pada pandangan mata BP tersebut.
Kesimpulan yang dapat diambil daripada cerita "BP ke'boring'an dan anak nelayan terkejut terlampau" tersebut adalah jika berasa terlalu boring dan tidak tahu hendak berbuat apa, maka apa salahnya jika anda membaca buku?!
Sekian, wallahua'lam...

Monday, 15 March 2010

promosi diperluas...


Assalamualaikum...
Alhamdulillah tadi promosi KCB telah diperluaskan sehingga sampai ke telinga masyarakat-masyarakat BKAN Penang dan pengunjung-pengunjung Bazaria Penang. Tidak lupa juga pengunjung-pengunjung KCB yang ada kesempatan waktu dijemput untuk menyertai program yang dianjurkan oleh BKAN Kedah iaitu program hari keluarga a.k.a YASMIN yang sedang berlangsung dan akan bersambung esok di Sungai Nil untuk program hari kedua. Apa-apa pun program ini dikhususkan untuk akhawat Kedah sahaja. Untuk ikhwah pulak, Futsal Piala MB akan berlangsung pada esok hari yang turut dianjurkan oleh BKAN Kedah yang insyaAllah akan berterusan sehingga hari khamis nanti (kalau tak silap). Pada malam esok jugak iaitu hari Selasa malam Rabu (bersamaan dengan 16 Mac 2010) akan diadakan program Maulidur Rasul di Dewan Tasammuh wal-Ikha' di rumah Kedah Baru bersama dengan Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Bai'th al-Hussaini al-Kittani. Sesapa yang berkelapangan dijemput hadir. Sekian terima kasih. Wassalam.

Saturday, 13 March 2010

Wajah BARU!!!

Photobucket

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah sekarang kita dah hampir sebulan memulakan sesi persekolahan yang baru, team KCB pon alhamdulillah dah penat pusing-pusing seluruh bumi mesir dan poket pon dah kering kontang dek terlalu banyak travel (huhuhu...sekali sekala buang tabiat >.<), dari dalam laut sampai atas bukit kami dah jelajah cuti ni, menatang pun daripada unta, kuda, gerek, reta, van, bas dan macam2 semua kami sapu, kapai terbang ja dah lama x naik... Now, it's time for business! Baito! Baito! (Bak kata orang jepun). Hahahaha... oklah, banyak membebel plak, anyway, nak dekat berapa zaman dah blog ni x diupdatekan, skang KCB dengan bangganya muncul dengan wajah baru yang lebih ceria dan nampak over feminime pulak berbanding layout sebelum ni. Bukan apa, saja nak tukaq angin. Tak lupa jugak setelah dikejan oleh Cek Mus, akhirnya katalog kek dapat jugak disiapkan separuh (huhuhu...sengah ja wat, sengah lagi pat bulan lagi baru siap.) Kepada sesapa yang berkelapangan buleh la tengok katalog tu (sebelah kanan nih!!) kot-kot la kalau-kalau lapaq kek ka apa ka. Antara katalog yang baru dibuat adalah kek Yogurt, kek Pyren, kek Susu, kek Coffee Caw dan kek ciptaan terbaru kami iaitu kek Marble! Disamping tu, sekarang kami dah seragamkan semua harga kek. Yang kecik Le 18 dan yang besaq Le 28. Plus Le 2 sebagai kos pembungkusan. Kira murah la tuh!! Retu kami tengok iklan kat lobi kek standard paling morah rege Le 40 deyh!!! So, sesapa nak beli kek murah leh la tempah kat KCB, sesapa nak beli kek mahai lak beli la tang mana2 yang hampa nak beli. Apa-apa pun, InsyaAllah kek KCB ni sedap dan sedap! (Masuk lif tekan sendirik) Kami tak paksa...huhuhu. Dan macam biasa, sesapa yang nak tempah kek leh lah buat tempahan paling lewat 24 jam lebih awal sebelum tarikh nak ambik memandangkan kami ni hanyalah lajnah kek kecil-kecilan saja, bukanlah pasaraya yang juai semua barang. Dengan nak pi beli tepung lagi, nak bakaq lagi, dan macam2 lagi, x dan kalau habaq last menet! Hiasan kek juga berubah2 mengikut citarasa kami tetapi tulisan leh la ikut citarasa pelanggan, tak boleh terlalu panjang dan boleh terlalu pendek. Oklah, sampai sini saja update untuk kali ini, kalau nak tempah,hubungi nombor yang tertera, sekian terima kasih! Salam

Wednesday, 3 February 2010

ACTIVE MODE

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Setelah hampir sepurnama kami bersembunyi dek terpaksa menghadapi peperangan dengan kertas-kertas exam dan ablah-ablah yang terlebih sempoi + bias (sebab depa silent handphone takpa kami pulak x buleh), pehak kami dengan penuh bangga dan berbesar hatinya ingin mengumumkan kepada pengunjung-pengunjung web KCB sekalian bahawa kami dengan penuh daulatnya membuka kembali tirai tempahan kek kami yang agak hebat itu. Disini, kami dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersyukur kepada tuhan berharap dengan pembukaan semula tirai tempahan kek ini dapat memenuhi jiwa-jiwa pengunjung sekalian yang sudah sekian lama ketandusan akan haruman dan tekstur kek kami. Dengan penukaran mode daripada MODE TAWAQQUF kepada MODE ACTIVE, kami berharap agar anda semua dapat merawat kembali jiwa-jiwa anda dengan penuh berkesan dan tawakkal kepada Allah. Jadi, kepada sesapa yang berminat untuk menempah kek maka anda bolehlah berbuat demikian melalui tariq yang telah disediakan. Sekian wassalam....