Monday 15 March 2010

promosi diperluas...


Assalamualaikum...
Alhamdulillah tadi promosi KCB telah diperluaskan sehingga sampai ke telinga masyarakat-masyarakat BKAN Penang dan pengunjung-pengunjung Bazaria Penang. Tidak lupa juga pengunjung-pengunjung KCB yang ada kesempatan waktu dijemput untuk menyertai program yang dianjurkan oleh BKAN Kedah iaitu program hari keluarga a.k.a YASMIN yang sedang berlangsung dan akan bersambung esok di Sungai Nil untuk program hari kedua. Apa-apa pun program ini dikhususkan untuk akhawat Kedah sahaja. Untuk ikhwah pulak, Futsal Piala MB akan berlangsung pada esok hari yang turut dianjurkan oleh BKAN Kedah yang insyaAllah akan berterusan sehingga hari khamis nanti (kalau tak silap). Pada malam esok jugak iaitu hari Selasa malam Rabu (bersamaan dengan 16 Mac 2010) akan diadakan program Maulidur Rasul di Dewan Tasammuh wal-Ikha' di rumah Kedah Baru bersama dengan Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Bai'th al-Hussaini al-Kittani. Sesapa yang berkelapangan dijemput hadir. Sekian terima kasih. Wassalam.

No comments:

Post a Comment