Sunday 29 November 2009

new edition....


Assalamualaikum...

Bersempena Hari Raya Aidiladha ini, team KBC telah berjaya mencipta beberapa kek berperisa baru yang belum pernah lagi dibuat oleh budak2 mesir sebelum ini (rasanya lah...). Tengoklah yer, kalau nak rasa jangan malu2 tempah, kalau sempat kitorang buat, kalau x sempat, nikmati gambar jer lah yer, anyway, tempahan perlulah dibuat sehari sebelum tarikh terima kek, jangan lala tu tempah lala tu jugak nak! tq

Kek Carrot





Kek Yogurt strawberry




Amacam? nampak best ka dak? kalau best buat cara best,kalau xbest, buat la tangpa hampa nak buat... rega mcm biasa:-

Kek carrot LE 28.00
Kek Yogurt Strawberry LE 28.00

InsyaAllah next time kami akan tambah lagi koleksi, just check our blog regularly for more updates okay... so long... Salam.... Selamat hari raya Aidil Adha...

Tuesday 17 November 2009

permulaan baru.....


Assalamualaikum... Kepada anda-anda yang ingin memakan kek atau memberikan kepada orang kek atau menghadiahkan kepada orang kek ataupun sekadar menunjuk-nunjuk kek yang hebat kepada orang maka anda bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkan pertolongan daripada kami KUNING CORNER BAKERY!!!


asal-usul...
Kami merupakan sebuah lajnah kecil (kecik ja...) yang baru lahir beberapa hari yang lalu berikutan terdapat tempahan kek hari jadi on da spot daripada sorang hamba Allah yang ingin memberikan kejutan penuh kasih sayang kepada sahabatnya yang baru mencecah usia 24 tahun. Dengan penuh keprihatinan dan semangat kemanusiaan yang tinggi, tiga orang sahabat yang sangat berkaliber dalam pembuatan kek telah bersetuju untuk membantu hamba Allah tersebut dalam memberi komitmen yang padu dalam menjayakan hari jadi yang telah dirancang oleh mereka-mereka.

Berikutan kepakaran team KCB dalam bidang penghasilan kek secara hebat, pada hari tersebut sahaja kami telah menghasilkan tiga biji kek yang berlainan jenis yang boleh juga dinobatkan sebagai label pertama brand kami iaitu kek COKLAT ROYALE, kek PYREN, dan kek COFFEE CAWW. Kami mendapat idea untuk menubuhkan sebuah lajnah yang boleh membantu insan yang memerlukan dalam memenuhi permintaan mereka pada kek-kek yang sangat style dan murah dan mampu di beli oleh semua peringkat umur setelah menyedari akan kehebatan dan bakat kami dalam penciptaan kek pada kala tersebut. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan semangat yang tinggi, sejak dua hari daripada waktu penubuhan, kami telah menerima tempahan dua biji kek iaitu kek COKLAT ROYALE dan kek PYREN.

Di bawah kami ada sertakan beberapa keping gambar yang sempat kami semadikan memorinya di dalam blog ini:-

KEK COFFEE CAWW







KEK PYREN (pisang + oren)





KEK COKLAT ROYALE






Harga :-

Kek Coklat Royale Le 25.00
Kek Pyren Le 28.00
Kek Coffee Caww Le 25.00

(Harga mungkin berubah mengikut keadaan.)

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan (insyaAllah jika kami berkelapangan dan tak sibuk), bolehlah anda menghubungi melalui ym dan juga no telefon di bawah:

mus (isantromusyizz@yahoo.com) 011-3241562
(aulakan kontek ini dahulu)

asma 011-3036389

Kami berlokasi di Hayyu Sabeik RUMAH KEDAH BARU - Darul Aman Tiga, Akhir Mahattah Syari' Mahkamah. Tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon untuk memudahkan urusan, dan dibuat sehari sebelum tarikh terima kek tersebut. Kami hanya menyediakan khidmat penghantaran di Bangunan Rumah Kedah Baru - Darul Aman Tiga sahaja. Kepada yang menetap jauh daripada lokasi sila datang dan ambil sendiri, jangan lupa bawak tupperware!! hehehe....

InsyaAllah di masa akan datang, kami akan menambahkan lagi koleksi kek dalam katalog kami yang sedia ada. Sekian untuk kali ini... Wassalam