Wednesday 17 March 2010

Tukar angin


Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.a.w. pihak KCB telah menerima respon positif daripada pelanggan-pelanggan.

Disamping itu, sorang daripada BP KCB yang sedang ke'boring'an beberapa ketika yang lalu telah terjumpa sekeping gambar yang agak menarik pada pandangannya iaitu gambar seorang anak nelayan yang berambut oren akibat terlalu lama bermain di tepi pantai, lebih mengujakan BP yang sedang ke'boring'an itu adalah apabila melihat reaksi muka anak nelayan tersebut seperti sedang dalam keadaan terkejut terlampau. Lalu dia dengan penuh takjubnya telah menyimpan gambar tersebut di dalam kotak simpanan dengan harapan mungkin gambar tersebut akan berguna di masa hadapan. Pada satu petang yang agak mendamaikan, sang BP telah menyemak semula simpanan gambar-gambarnya yang semak dan telah bertemu semula dengan gambar anak nelayan tersebut. Maka dengan penuh kreativiti dan kepayahan dan juga berkat kesungguhan yang tinggi, akhirnya sang BP berjaya juga memanfaatkan gambar terkejut terlampau anak nelayan tersebut dengan mengolahnya menjadi sebuah banner yang agak tidak memboringkan pada pandangan mata BP tersebut.
Kesimpulan yang dapat diambil daripada cerita "BP ke'boring'an dan anak nelayan terkejut terlampau" tersebut adalah jika berasa terlalu boring dan tidak tahu hendak berbuat apa, maka apa salahnya jika anda membaca buku?!
Sekian, wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment