Saturday, 13 March 2010

Wajah BARU!!!

Photobucket

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah sekarang kita dah hampir sebulan memulakan sesi persekolahan yang baru, team KCB pon alhamdulillah dah penat pusing-pusing seluruh bumi mesir dan poket pon dah kering kontang dek terlalu banyak travel (huhuhu...sekali sekala buang tabiat >.<), dari dalam laut sampai atas bukit kami dah jelajah cuti ni, menatang pun daripada unta, kuda, gerek, reta, van, bas dan macam2 semua kami sapu, kapai terbang ja dah lama x naik... Now, it's time for business! Baito! Baito! (Bak kata orang jepun). Hahahaha... oklah, banyak membebel plak, anyway, nak dekat berapa zaman dah blog ni x diupdatekan, skang KCB dengan bangganya muncul dengan wajah baru yang lebih ceria dan nampak over feminime pulak berbanding layout sebelum ni. Bukan apa, saja nak tukaq angin. Tak lupa jugak setelah dikejan oleh Cek Mus, akhirnya katalog kek dapat jugak disiapkan separuh (huhuhu...sengah ja wat, sengah lagi pat bulan lagi baru siap.) Kepada sesapa yang berkelapangan buleh la tengok katalog tu (sebelah kanan nih!!) kot-kot la kalau-kalau lapaq kek ka apa ka. Antara katalog yang baru dibuat adalah kek Yogurt, kek Pyren, kek Susu, kek Coffee Caw dan kek ciptaan terbaru kami iaitu kek Marble! Disamping tu, sekarang kami dah seragamkan semua harga kek. Yang kecik Le 18 dan yang besaq Le 28. Plus Le 2 sebagai kos pembungkusan. Kira murah la tuh!! Retu kami tengok iklan kat lobi kek standard paling morah rege Le 40 deyh!!! So, sesapa nak beli kek murah leh la tempah kat KCB, sesapa nak beli kek mahai lak beli la tang mana2 yang hampa nak beli. Apa-apa pun, InsyaAllah kek KCB ni sedap dan sedap! (Masuk lif tekan sendirik) Kami tak paksa...huhuhu. Dan macam biasa, sesapa yang nak tempah kek leh lah buat tempahan paling lewat 24 jam lebih awal sebelum tarikh nak ambik memandangkan kami ni hanyalah lajnah kek kecil-kecilan saja, bukanlah pasaraya yang juai semua barang. Dengan nak pi beli tepung lagi, nak bakaq lagi, dan macam2 lagi, x dan kalau habaq last menet! Hiasan kek juga berubah2 mengikut citarasa kami tetapi tulisan leh la ikut citarasa pelanggan, tak boleh terlalu panjang dan boleh terlalu pendek. Oklah, sampai sini saja update untuk kali ini, kalau nak tempah,hubungi nombor yang tertera, sekian terima kasih! Salam

No comments:

Post a Comment