Sunday 6 December 2009

pengUMUMan! untuk diumumkan kepada khalayak umum

TAWAQUF

Assalamualaikum... kepada manusia2 di luar sana, kami pehak KUNING Corner Bakery INGIN menyebarkan satu perkhabaran yang pada sangkaan kami merupakan sebuah khabar yang penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan baik daripada pehak kami sendiri mahupon pehak rakyat2 pelanggan sekalian. Kami telah  mengadakan musyawaroh dengan BP2 atau Badan-badan Pengerak KCB yang hanya dihadiri oleh dua orang sahaja, dan alkesahnya kami telah mengambik keputusan untuk menTAWAQUFkan aktiviti2 kami yang sememangnya pada kiraan kami tengah rancak ini. 

Oleh itu, kami amat berharap agar tuan-tuan hamba sekalian tidaklah menyeksa diri sendiri dan saudara mara yang lain kala tuan hamba semua menerima perkhabaran ini memandangkan pen'TAWAQUF'an aktiviti KCB pada firasat kami mampu membawa kebaikan kepada banyak pehak.

DISINI, hamba berharap agar kita semoa dapat membaca buku dengan baik dan menghadiri tusyen dengan baik dan menjawab peperiksaan dengan tersangat baik. InsyaAllah. Ameen.

p/s: InsyaAllah pas exam kami buka balik tempahan. Sementara sampai saat itu, isilah masa2 tuan2 hamba sekalian dengan berzikir dan bertasbih kepada Sang Pencipta.  Jangan dok tgk Ketika Cinta Bertasbih saja. (kebetulan saja Kuning Corner Bakery dgn Ketika Cinta Bertasbih ada INITIAL yang sama - KCB - kuikuikui!! kami x tiru sapa tuduh luku pala!)